Like FREE Tips on Facebook

Powered By MDV

Tuesday, 23 July 2013

7 Tips Kesuburan Wanita Dan Lelaki




Setiap pasangan yang berkahwin pasti mempunyai matlamat untuk mendapatkan anak. Tidak kiralah samada menimang anak dengan cepat, memiliki anak yang ramai atau apa sahaja yang pastinya perancangan yang berkaitan dengan cahayamata.





Rasa tidak lengkap hidup dalam rumah tangga, tanpa riuh rendah bunyi anak2.. bila mendengar jerit pekik anak2 dirumah jiran2, sudah pasti anda juga ingin rumah anda hingar begitu. Pelbagai usaha dan ikhtiar telah dilakukan, namun belum juga membuahkan hasil.. Teknologi dah dicuba.. Berurut dengan cara tradisional pun dah dibuat.. Namun, masih juga ‘negative’.. Pernah tak anda terfikir, kemungkinan tubuh anda kekurangan nutrisi yang boleh membantu meningkatkan kesuburan anda? Kekurangan nutrisi atau pengambilan supplemen untuk meningkatkan kesuburan, seringkali berada di kedudukan yang paling bawah.. kerana ia adalah sesuatu yang jarang kita fikirkan, sebagai penyebab..


Ada pasangan yang sihat, tetapi masih perlukan sesuatu untuk meningkatkan lagi tahap kesuburan.. kerana apa yang nampak sihat di luar, belum pasti ia sihat di dalam.. 



Kali ni jom kita belajar tentang cara menentukan waktu-waktu subur wanita, bagi memudahkan proses kehamilan berlaku.


Pertama, apa yang kita mesti faham adalah mengenai kitaran haid. Agak susah dan kompleks sebenarnya kitaran haid ini. Ini disebabkan kitaran haid setiap wanita itu adalah tidak sama, dan ada yang normal juga tidak normal. Secara puratanya kitaran haid wanita adalah 28-30 hari.


Terdapat 4 fasa sepanjang kitaran haid.


Fasa 1 : Hari 1-7 Pengeluaran Haid (menstruation)


Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Fasa 2 : Hari 8 -11Follicular


Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Fasa 3: Hari 14Ovulasi


Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Fasa 4 : Hari 15-28Luteal / Secretory


Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormon dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.


Justeru, waktu yang terbaik untuk bersama suami isteri adalah pada hari ovulasi berlaku dimana ketika itu telur baru sahaja keluar dari sarangnya. Ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya.


Di bawah adalah contoh kitaran haid dan waktu suburnya:-

28 hari ~ maka 28-14 = hari ke 14 adalah hari subur
30 hari ~ maka 30-14 = hari ke 16 adalah hari subur
35 hari ~ maka 35-14 = hari ke 21 adalah hari subur



Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

Untuk suami pula..terdapat beberapa tips yang perlu juga dititikberatkan. Suami juga sangat berperanan untuk mendapatkan anak. Antara tip-tip nya ialah:


i- Berhenti merokok! 

Tahukah anda bahawa bahan2 yang terkandung dalam rokok akan merosakkan kualiti dan kuantiti sperma anda? Dan lebih buruknya lagi, bahan kimia yang terkandung dalam asap rokok juga terbukti boleh mematikan telur wanita. Jadi jika anda merupakan seorang perokok tegar, jangan salahkan isteri anda, jika tidak hamil lagi. 

ii- Pakai seluar longgar. 

Pemakaian seluar yang longgar dapat memastikan suhu alat kelamin terkawal, iaitu tidak terlalu panas agar mampu meningkatkan kualiti pengeluaran sperma.

iii- Kafein. 

Banyak bukti yang menunjukkan bahawa kafein terutamanya kopi mengurangkan kesuburan. Minum satu cawan kopi sehari dah cukup untuk mengurangkan separuh peluang concieve. 

iv- Minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

 Air sangat penting untuk keseimbangan hormon. Selain itu anda juga memerlukan rehat secukupnya dan hindari stress.


v- Omega 3.

Makanan seperti kekacang dan bijian mengandungi lemak asid omega 3 yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dan ianya mempunyai kesan langsung terhadap hormon. Omega 3 merupakan bahan dasar pengeluaran hormon dan dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh (antibody).


Jom kita lihat, apakah supplemen Shaklee yang boleh anda cuba bagi meningkatkan tahap kesuburan anda.. Supplemen ini di cadangkan berdasarkan, sudah banyak testimoni yang kita terima daripada pasangan2 yang telah mencubanya dan mereka telah berjaya mendapat anak, walaupun ada sesetengah mereka yang sudah berkahwin 10 tahun. Alhamdulillah…

1.  B-Complex Shaklee mengandungi asid folik




Umumnya, kita sering diberitahu oleh pakar puan, adalah digalakkan bagi wanita yang merancang untuk hamil, hendaklah mengambil asid folik, sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum mengandung.. Maksudnya, jika anda ingin anak anda lahir pada bulan januari tahun 2014, anda perlu mengandung pada hujung bulan april atau dalam bulan may. Justeru itu, anda perlu mengamalkan asid folik sekurang2nya bulan januari 2013. Jadi, pastikan anda mengambil vitamin B-Complex yang lengkap dengan 8 jenis vitamin B seperti B-Complex Shaklee kerana  B complex ini mengandungi vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri. Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma.


2. Zinc Complex


Terdapat kajian menunjukkan bahawa zinc banyak membantu meningkatkan kesuburan bagi lelaki dan wanita. Ini kerana, kekurangan zink boleh menyebabkan perubahan dalam kromosom lelaki dan wanita, di mana ia mengurangkan kesuburan dan meningkatkan peluang untuk keguguran.Zink adalah penting bagi tujuan ‘menarik dan tahan’ hormon pembiakan estrogen dan progesteron.
Kehadiran zink boleh di dapati di dalam kepekatan tinggi sperma.Zink sangat diperlukan bagi membuat lapisan luar dan ekor sperma.

3. Vitamin E dan selenium




Vitamin E merupakan antioksidan yang kuat.
Ia menunjukkan bahawa vitamin E membantu meningkatkan kesuburan bagi wanita dan lelaki.


Bagi lelaki yang membuat rawatan IVF, mereka akan dibekalkan dengan vitamin E, kerana dipercayai ia dapat meningkatkan kadar persenyawaan dari 19-29 peratus.Selenium adalah antioksidan yang boleh membantu melindungi badan dari serpihan kimia yang reaktif dan ia dikenali sebagi radikal bebas.Kehadiran selenium, dapat membantu mengurangkan risiko kerosakan kromosom yang disebabkan oleh radikal bebas.
Vitamin E Shaklee dilengkapi dengan selenium dan tidak semua vitamin E yang ada dipasaran, dilengkapi dengan selenium dan ia biasanya, dijual secara berasingan.

4. Vitamin C



Vitamin C adalah antioksidan dan ia dapat membantu meningkatkan kualiti sperma.

Ia membantu melindungi sperma dan DNA dari kerosakkan.Beberapa kajian menunjukkan bahawa, kerosakan DNA dalam sperma telah menyebabkan pasangan sukar hamil atau mudahnya berlaku keguguran jika pasangan hamil.Vitamin C juga turut membantu sperma daripada berkumpul kepada keadaan ‘berselerak’ dan ini sangat penting untuk persenyawaan.


5. Energizing Soy Protein



ESP Shaklee mengandungi 9 asid amino yang tidak dihasilkan oleh tubuh, dan ia hanya boleh didapati melalui makanan. Antara asid amino yang penting bagi kesuburan adalah L-Arginine dan L-Carnitine.

L-Arginine merupakan asid amino yang ditemui dalam banyak makanan dan kepala sperma turut mengandungi asid amino ini. Asid amino ini penting bagi pengeluaran sperma. Penambahan L-Argine dalam badan anda, membantu meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma anda.

L-Carnitine ini sangat penting untuk fungsi normal sperma. Menurut kajian, semakin tinggi L-Carnitine dalam sel sperma, semakin baik fungsi sperma tersebut.
Bagi wanita, protein sangat penting bagi menguatkan dinding rahim dan ia membantu mengurangkan risiko keguguran.Malahan, protein sangat perlu bagi membina sel2 yang baik untuk pembesaran janin.

6. GLA Complex



GLA sangat berguna untuk wanita bagi memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid sepanjang bulan.

GLA mengandungi asid lemak Omega-6 yang membantu pembentukan prostaglandin, di mana ia adalah hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal.



GLA juga mengandungi vitamin E, dan ia penting untuk melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun

GLA membantu meningkatkan kesuburan anda dengan menghasilkan cecair pekat didalam serviks anda. Cecair yang menyerupai mukus ini, sering dihasilkan oleh badan wanita setiap bulan. Kehadiran cecair ini, menunjukkan anda berada dalam keadaan yang subur dan sangat sesuai untuk melakukan persenyawaan.
Malahan, mukus ini juga membantu sperma untuk hidup lebih lama, di dalam tubuh wanita dan membantu sperma agar selamat sampai ke telur agar ia boleh di senyawakan.


7. Vita-Lea Iron formula






Ia adalah multivitamin yang mengandungi 28 jenis mineral dan galian, yang sangat penting untuk tubuh badan kita.Pakar kesihatan mencadangkan agar orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh.Vita-lea sangat penting untuk tubuh badan, kerana ia membantumeningkatkan kesihatan secara menyeluruh,menyokong jangka hayat hati, usus dan mata,meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi,memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebasmeningkatkan sperma dan juga kualiti telur.



Adalah PENTING untuk anda,sebagai isteri, untuk mengetahui bila masa anda subur. Ini adalah penting bagi meningkatkan peluang untuk berlakunya kehamilan. Selepas anda ‘bersama’, tunggu sekurang-kurangnya 10 minit, sebelum anda mencuci alat sulit anda. Ini dapat memberi peluang untuk sperma berada lebih lama di dalam badan anda.



Emmm.. pening kan? banyak sgt  supplement, mana satu yang perlu ambil? Semua ? tak payah pening2... untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil supplement di bawah sebagai permulaan.....

Untuk Set Suami : 


1- Vitalea Iron  120 biji 

2- B complex 120 biji
3- Chewable vita C 90 biji
4- Vita-E 120 biji dan 
5- Zinc 120 biji



Untuk Set Isteri 1 : 


1-Vitalea iron  120 biji

2- B complex 120 biji
3- Chewable vita C 90 biji

Atau 


Set 2 Untuk isteri :


1- Vitalea iron 120 biji

2- B complex 120 biji
3- Chewable Vita C 90 biji
4- Vita-E 120 biji
5- Alfalfa 330biji


Bagi yang beragama Islam kita digalakkan berdoa dan bertawakal. Mudah-mudahan dikurniakan apa yang kita idamkan. Di bawah saya sertakan doa untuk mendapat anak yang amat digalakkan baca setiap kali selepas solat:-




Doa tersebut adalah doa Nabi Zakaria a.s yang amat ingin memiliki anak. Lalu Allah memperkenankan doa Nabi Zakaria dengan lahirnya seorang anak, Nabi Yahya as. Di sanalah Zakaria mendo’a kepada Tuhannya seraya berkata:




Sekadar perkongsiaan. Kita sebagai manusia hanya berusaha dan bertawakal.Doa juga sangat penting.. Setiap apa yang kita usaha, berdoa dan bertawakal juga, adalah kunci kejayaan.. InsyaAllah, setiap perkara yang baik, jika dilakukan dengan baik sejajar dengan niat kerana Allah dan juga dengan izin-Nya...Aminnn....



Jom kita lihat testimoni bagi mereka yg telah mencubanya : 












Nak Murah @ Harga Ahli Sambil Menjana Pendapatan Klik Sini, Mudah Je -->> Daftar Ahli
                                                                                          
Faedah Jadi Ahli Klik Sini --->> Faedah Jadi Ahli

PM saya untuk dapatkan harga diskaun dan konsultansi percuma.